Sunday, December 21, 2014

Me & AzizCFP (Appt 1)

Alhamdulillah lepas 2 minggu menunggu, dapat SMS dari Kak Lin untuk appointment pertama pada 21st Nov 2014 pukul 8 mlm. 2 minggu tempoh menunggu memang terasa amat menyeksakan, sampai aku dan orang rumah xde cerita pasal perkara lain dari topik bila nak dapat 1st appointment ni.

Dapat SMS dari Kak Lin, Kak Lin minta senaraikan segala hutang piutang yang sedia ada. Dia minta confirmkan untuk datang, kalau tak dpt datang kene bgtau supaya dia boleh masukkan org lain. Mesti ramai yang tgh dalam que menunggu. Walaupun plan asal aku nak balik Pontian mlm tu, aku gagahkan juga untuk tunda, lepas habis. Aku kira2 lebih kurang 2 jam habislah appointment.

Kami sampai kat office En Aziz lebih kurang pkl 7.20 mlm, masa kami sampai dah ada ramai yang menanti, ada dlm 10 orang (termasuk berpasangan). Kami pun tunggu lah giliran kami, dalam pkl 8 lebih Kak Lin sampai, dia panggil semua yang dtg utk 1st Appointment masuk bilik, mcm kene interview pun ada. Tapi lebih pada bersembang and suai kenal. Dalam bilik tu, Kak Lin ingatkan balik syarat2 yang perlu dipatuhi kalau nak ikut program ni. Kak Lin cerita juga pasal apa yang pernah dia lalui sebelum ni, susah payah dia, then apa yg En Aziz buat sampai diorang dah tahap pakai BMW X6 & Ferrari. Membakar semangat juga lah dengar cerita dia.

Agak2 sejam 1/2 juga lah mengadap Kak Lin ni, baru lah bersurai untuk sesi consultation. Punya lah lama nak tunggu turn kami, sampai aku terlelap dah kat sofa tu, pkl 12 baru la dapat mengadap Atikah (anak En Aziz). Atikah review semula borang PFF kami yang latest yang kami dah senaraikan perbelanjaan dan hutang yang terbaru. Lepas Atikah dah susun semuanya, dia minta kami apply untuk Tier 1 Cred Card yang disenaraikan masa seminar sebelum ni. Dia juga minta kami sediakan platform sebanyak 100k (wow) guna kan personal loan isteri. Nasiblah org rumah aku ni cikgu, semua yang dia apply semua lepas, Alhamdulillah, aku punya yang satu pun x lepas, hampes betul.

Lepas appointment 1, kami pun bertungkus lumus nak sediakan platform, pegi bank sana sini apply CC, PL. Bila dapat call dari BSN katakan PL dah lepas, fuhhhhhh lega sangat2. Tak tergambar rasa gembiranya nak selesaikan segala hutang piutang aku nih. Alhamdulillah juga lah, dalam masa lebih kurang 2-3 minggu aku berjaya sediakan platform yang diperlukan. CC pun dah ada, kira cukup buat masa ni sebelum aku cuba apply lagi untuk cred limit yang lg besar. Gunakan lah dulu apa yg ada.

Aku pun SMS lah kak lin untuk 2nd appointment. Lepas 2 hari Kak Lin reply, next appointment kami (CA) on 19th Dec 2014. Getting ready to change our destiny...another story to be told....

Sunday, December 7, 2014

Me & AzizCFP

Lama dah aku tinggalkan blog ni tanpa isi tanpa cerita. Kali ni aku aku nak bercerita tentang apa yang aku recently buat. There are lots of thing people usually tend to do, tend to achieve, dan aku percaya 80-90% of it involves $$$. Since 2007 aku menetap dan bekerja di Klang Valley ni, aku tak pernah rasa duit belanja aku tak cukup until middle 2014. Selalu nya aku akan buat senarai perbelanjaan, hutang bulanan yang aku kene bayar and selalunya akan cukup. Bila tiba middle 2014, aku dah rasa goyah, bila expenses melebihi income. Dengan tanggungan family semua, aku rasa hard to survive. Alhamdulillah juga lah, not long after that, aku di naikkan pangkat dan gaji, so aku rasa stable sikit, dan waktu tu aku berazam, stop all debt, including credit card. Bila aku kira2 hutang CC aku, dah jejak 30k. Fuhh....bayar ngam2 atau lebih sikit jer, sampai bila nak habis. Jadi aku cuba untuk tak guna/minimize kan CC usage.

Alhamdulillah aku berjaya, and at that time aku terjumpa 1 package yang boleh buat kan aku byr CC with an appropriate value within 3 years time. (That's another story yang aku tak cerita kat sini).

One time aku outstation ke Serawak, dan malam tu aku lepak dengan sorg gamers mcm aku (Clash of Clans), dia bercerita lah recently dia ikut satu program Financial Planning yang dikelolakan oleh AzizCFP. Bila aku mula dengar cerita tu, rasa biasa2 je, sebab aku tak nampak apa sebenarnya, member aku ni pun tak cerita detail, cuma dia bgtau, suruh aku attend bengkel tu dan dengar sendiri. Aku pun story lah dengan wife aku, dan cadang nak cuba dengar, apa sebenarnya mengenai AzizCFP ni.

9/11/2014
Aku berjaya subscribe untuk bengkel penyelesaian hutang AzizCFP. Masa tu aku dapat msg dari Kak Lin,"SALAM, ANDA TELAH BUAT PEMBAYARAN UTK SEMINAR AZIZCFP DI ****** PADA 9 NOV AHAD, JIKALAU ANDA BERMINAT JADI KLIEN EN AZIZ, LAYAR WEB AZIZCFPX.COM, CLIK KE BORANG PFF, SILA ISIS BORANG PFF DENGAN DETAILS, PRINT N BAWA MASA SEMINAR NANTI..T.KASIH.(KALAU PASANGAN NAK JOINT, PLS DECLAR SEMUA BUTIRANG HUTANG DALAM 1 PFF)".

Masa aku decide nak pegi ni, aku belum buat full decision sama ada aku nak jadi client Aziz ni. So aku tak prepare borang PFF ni lagi, tapi mai, associate En Aziz ni, ada sediakan hardcopy utk peserta isi kan. Jadi aku ambik juga lah. And at this time masa aku sampai kat tempat bengkel tu, aku ada nampak sebijik Ferrari merah baru, fuhhhhhh. Masa tu aku boleh agak, ni mesti En Aziz punya. Well, in the aspect of nak yakinkan somebody, u must have the proof. That's a proof of berjaya nya dia.

Ok, back to the program, aku tgk muka setiap orang yang dtg bengkel tu, dalam hati aku terdetik, ramai rupanya orang yang ada masalah hutang, bukan aku jer. Then En Aziz start to talk about what this seminar is all about. Panjang cerita nya, antaranya, there are lots of facility yang kita tak tau and boleh gunakan untuk selesaikan masalah kewangan kita, dengan cara dan teknik yang betul. Model AJIT adalah model yang En Aziz perkenalkan, berdasarkan pengalaman beliau mengharungi hidup susah dan senang. Bila dia cerita, dia bukan asal orang yg senang, I do believe him, sebab I know the feeling of being seorang yang susah. My belief is that, when somebody stumbled to a block that he/she cannot pass through, that's the point he/she will evolve to jump over it. It's either do or die. With the right technique, u can success, but without it, you'll end up digging your own grave. 

Speaking about model AJIT, it stands for AMANAH, JUJUR, IKHLAS, TELUS. Aku pun tak faham totally, cuma apa yang aku dapat capture, you need to be honest with every penny you spent. More than that, I think, I will grab it along the way. En Aziz ada ingatkan peserta, three things yang kita kene atasi kalau nak berjaya. PERASAAN TAMAK, NAFSU & MASA. That's another tale to be told in another post....